MATLAMAT, MISI DAN VISI


MATLAMAT
Mewujudkan satu suasana pengajaran dan pembelajaran yang ceria, kreatif, progresif berinovasi, interaktif, berteknologi lagi efektif bagi melahirkan anak didik yang mantap serta seimbang pencapaiannya dalam kurikulum dan kokurikulum di samping mampu bersaing di zaman siber ini berteraskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Visi dan Misi  Pusat Sumber Sekolah SKHP serta kerjasama dan sikap profesionalisme tenaga pengajar dalam merealisasikan impian sekolah



VISI
Menjadikan Pusat Sumber cemerlang
 Negeri Melaka Tahun 2012


MISI
1.  Meningkatkan mutu perkhidmatan PSS.

2.  Meningkatkan kuantiti dan kualiti
     koleksi bahan di PSS.

3.  Memupuk sikap membaca sepanjang hayat
     dalam diri murid S.K. Hutan Percha. 

OBJEKTIF
1.  Membantu murid- murid ke arah pembelajaran yang lebih berkesan dan menyeronokkan iaitu pembelajaran berteraskan sumber.

2.  Melengkapkan murid-murid dengan kemahiran pembelajaran seumur hidup serta asas kemahiran ilmu ICT.

3. Dapat memupuk tabiat membaca secara
sukarela serta memperkayakan ilmu, nilai dan akhlak sendiri.

4.  Menanamkan pada diri pelajar tentang pentingnya menghargai masa dan disiplin diri serta sikap bertanggungjawab dalam diri mereka.



KONSEP PUSAT SUMBER SK HUTAN PERCHA



SUATU TEMPAT

v Merupakan satu suasana pembelajaran yang selesa bukan sekadar tambahan kepada bilik darjah.

KOLEKSI

v Pusat perolehan sumber dan maklumat yang diperlukan untuk pembelajaran.

PERKHIDMATAN

v Memberi kemudahan, mendapat dan mengamalkan kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk pembelajaran.

AGEN PERUBAHAN

v Bergerak ke arah pengembangan potensi dan minat individu serta kerjasama kumpulan.