PROGRAM NILAM


MEMBINA TABIAT MEMBACA

1.         LATAR BELAKANG
           
Terdapat beberapa kajian dan dapatan mengenai tabiat membaca di negara ini. Kajian tersebut mendapati taraf membaca rakyat Malaysia masih rendah.

1.1              Kajian terkini mengenai tabiat membaca yang dijalankan oleh Perpustakaan Negara Malaysia tahun 1996 (melalui Frank Small & Associates) menunjukkan adanya perbezaan ketara antara kadar literasi dan tabiat membaca. Kadar literasi negara mencapai 93% manakala kadar mereka yang membaca buku hanya mencapai 87% sahaja. Kajian tersebut juga mendapati rakyat Malaysia membaca dua buah buku setahun.

1.2              Pihak UNESCO yang membuat anggaran tahap literasi setiap 5 tahun mengganggarkan tahap literasi rakyat Malaysia bagi tahun 1995 ialah 84%. Pada masa ini terdapat aktiviti-aktiviti atau projek-projek galakan membaca yang telah dan sedang dijalankan oleh Jabatan Pelajaran Negeri, sama ada aktiviti asas, pemupukan atau pengayaan yang perlu diteruskan.




2.         RASIONAL

Suatu tamadun atau bangsa hanya dapat dibina melalui masyarakat yang mengamalkan budaya ilmu. Cara utama membina budaya ilmu dalam sesebuah masyarakat ialah melalui amalan tabiat membaca yang berterusan. Kementerian Pelajaran telah melaksanakan pelbagai program galakan membaca di sekolah-sekolah. Walau bagaimanapun kesan daripada program tersebut masih belum mencapai tahap yang dikehendaki. Dengan demikian Kementerian Pelajaran perlu mencari pendekatan baru bagi melaksanakan program galakan membaca yang lebih berkesan dan dapat dijalankan secara berterusan.

3.         PENDEKATAN

Pendekatan yang wajar diambil dalam pembinaan tabiat membaca mesti berupa paksaan yang berterusan

___________________________________________________________________________________



PROGRAM NILAM (NADI ILMU AMALAN MEMBACA) SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH
NEGERI MELAKA

1.         Pengenalan

NILAM ialah satu program galakan membaca yang dilancarkan di peringkat kebangsaan dan merupakan suatu program yang dilaksanakan secara terancang dengan melibatkan semua murid sekolah rendah dan menengah bagi membentuk tabiat suka membaca.

2.         Matlamat
           
Menjadikan amalan membaca sebagai budaya hidup.

3.         Objektif
           
3.1       Meningkatkan minat membaca yang berterusan (avid reader).
           
3.2       Memperbanyakkan bahan bacaan sesuai dengan tahap perkembangan murid.

3.3       Mengenalpasti dan melahirkan tokoh murid yang banyak membaca, berketrampilan serta mempunyai sifat-sifat kepimpinan.
           
3.4       Menampilkan murid yang mengamalkan ciri-ciri pembaca berkualiti.
           
3.5       Mewujudkan persekitaran yang kondusif dan sudut bacaan yang sesuai untuk pembacaan di kawasan sekolah.

3.6       Mewujudkan rangkaian pembacaan antara institusi pendidikan, kerajaan, swasta dan pertubuhan sukarela.
           
3.7              Menjadikan amalan membaca sebahagian gaya hidup.


4.         Tempoh Pelaksanaan
           
4.1       Julai hingga September (Tahun 1).
           
4.2       Januari hingga September
                        -           Sekolah Rendah (Tahun 2, 3, 4, 5 dan 6)
                        -           Sekolah Menengah (Tingkatan Peralihan, 1, 2, 3, 4, 5 dan 6)
           


4.3       Mei dan September
                        -           Penghantaran Data NILAM ke Pusat Kegiatan Guru menggunakan
                        borang-borang berikut:

4.3.1        Sekolah Rendah           – BTP/LN/J/SR/ 03
             - BTP/LN/RP/SR/03

4.3.2        Sekolah Menengah      – BTP/LN/J/SM/03
 – BTP/LN/RP/SM/03


5.         Sasaran

Program NILAM mula dilaksanakan secara berperingkat kepada murid pada tahun 1999. Mulai Tahun 2003, semua murid di Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah adalah wajib menyertai Program NILAM.

6.        Tenaga Pelaksana
  • Peringkat Sekolah Rendah/ Menengah  : -                                                                                            Guru Perpustakaan dan Media Sekolah (GPMS), Guru NILAM, Guru Bahasa, Guru Matapelajaran dan Guru Kelas.                                                                                                                                    
  • Peringkat PKG : -                                                                                                                     Pegawai Teknologi Pendidikan PKG                                                                                                    
  • Peringkat PSPN : -                                                                                                                   Penolong Pengarah dan Pegawai Teknologi Pendidikan Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan.
7.       Bahan Bacaan 
  •  Tahap Jauhari : - Buku (termasuk fiksyen dan bukan fiksyen)
  • Tahap Rakan Pembaca : - buku, majalah, akhbar, bahan internet, jurnal, risalah.
8.      Kaedah Pelaksanaan Program Nilam di Peringkat Sekolah Rendah.



PENUBUHAN JAWATAN KUASA PROGRAM NILAM SEKOLAH

TAKLIMAT NILAM KEPADA GURU DAN MURID

MAJLIS PELANCARAN NILAM

MURID MEMBACA DAN MEREKOD

GURU MENGESAHKAN REKOD BACAAN MURID

JAWATANKUASA PROGRAM NILAM SEKOLAH MEMBUAT PENILAIAN

LAPORAN DI DALAM BORANG NILAM DILENGKAPKAN
(HANTAR KE PKG PADA BULAN MEI DAN SEPTEMBER)


Sumber Bacaan

            9.1       Perpustakaan / Pusat Sumber Sekolah
            9.2       Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri
            9.3       Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Cawangan/Daerah
            9.4       Perpustakaan Bergerak
            9.5       Perpustakaan Desa
            9.6       Perpustakaan Masjid
            9.7       Perpustakaan FELDA/ KEMAS
            9.8       Perpustakaan Persendirian
            9.9       Bahan dari rakan
            9.10     Bahan Koleksi Sendiri
            9.11     Kedai Buku