PERATURAN PSS

PERATURAN-PERATURAN PUSAT SUMBER SEKOLAH

1.      Guru-guru perlu mengisi Buku Penggunaan bilik semasa menggunakan bilik Pusat Sumber (Perpustakaan atau Bilik Audio Visual)

2.      Guru-guru pengiring perlu mengawal disiplin pelajar di dalam bilik-bilik Pusat Sumber dan pastikan guru ada bersama dengan mereka ketika menggunakan bilik-bilik Pusat Sumber.  Ini bagi mengelakkan tiada berlaku kejadian yang tidak diingini.

3.      Guru-guru perlu mengikut waktu jadual penggunaan ke perpustakaan sepertimana yang telah dipilih oleh guru terutamanya guru Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris kecuali guru-guru mata pelajaran lain perlu memberitahu GPMS untuk membuat tempahan.

4.      Dalam satu masa hanya satu kelas sahaja yang dibenarkan masuk ke perpustakaan.

5.      Pastikan guru-guru menggunakan bilik perpustakaan sebagai tempat bacaan dan bukan tempat P&P kerana untuk mendidik pelajar supaya sentiasa senyap bila berada di perpustakaan lain.

6.      Pastikan guru-guru memberitahu dan mencatat bahan-bahan bacaan dan bukan bahan bacaan yang dipinjam di dalam buku rekod peminjaman yang disediakan oleh GPMS

7.      Pelajar-pelajar boleh meminjam buku ketika aktiviti NILAM atau ketika guru membawa masuk  mereka ke perpustakaan dengan pengawasan guru GPMS, pengawas perpustakaan atau pelajar yang dilantik.

8.      Semua peminjaman bahan dan buku perlu dibuat dengan pengawasan Pengawas Pusat Sumber bertugas atau Guru PSS.

9.      Guru-guru perlu memastikan semua suis ditutup, kerusi dan buku-buku disusun dengan elok selepas menggunakan bilik-bilik Pusat Sumber.

10.  Guru perlu merancang aktiviti sebelum menggunakan PSS.

11.   Pelajar-pelajar hanya dibenarkan meminjam sebuah buku selama 7 hari dengan menggunakan kad pinjaman berharga RM 1.00.

12.  Pelajar-pelajar yang lambat memulangkan bahan bacaan akan didenda sebanyak 0.20 sen sehari.

13.  Bahan-bahan bacaan atau bukan bacaan tidak dibenarkan dibawa keluar tanpa kebenaran GPMS.

14.  Pelajar dikehendaki meletakkan beg, bekas minuman dan bekas makanan mereka di luar perpustakaan.